ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Sunday, December 2, 2012

Buku Penyelidikan Sains Sosial



Penulis : Rohana Yusof,
Jumlah Muka surat : 283 Pages

Sinopsis

Buku yang menerangkan kaedah-kaedah menjalankan penyelidikan sains sosial secara saintifik dan sistematik untuk penyelidik, pentadbir dan mahasiswa bidang sains sosial.

Buku ini merupakan satu usaha memperkenalkan apa itu penyelidikan khususnya dalam bidang sains sosial dan juga daripada aspek kepentingan penyelidikan dalam masyarakat. Masyarakat perlu memperolehi pengetahuan dan sesuai dengan usaha membudayakan ilmu, maka penyelidikan adalah satu cara memperolehi ilmu pengetahuan. Melalui penyelidikan, hasil yang diperolehi pasti menjana ilmu pengetahuan dan seterusnya membantu proses pembangunan sesuatu masyarakat.

Buku ini boleh disifatkan sebagai suatu pengenalan dan dapat memberi pengetahuan kepada pembaca daripada golongan penyelidik, pentadbir dan pelajar memahami apa itu penyelidikan dan bagaimana menjalankan penyelidikan secara saintifik dan sistematik. Justeru itu, sebahagian besar kandungannya adalah himpunan dan adunan bahan-bahan penulisan khususnya daripada buku-buku Penyelidikan Sains Sosial yang ada sama ada daripada penulis barat dan penulis dari Malaysia seperti Mohd. Majid Konting, Syed Arabi Idid, Ahmad Mahdzan Ayob, Kamaruddin Ngah, Hashim Awang dan lain-lain lagi. Pada asasnya, bahan penulisan buku ini adalah didasarkan kepada tajuk-tajuk kuliah dan perbincangan bagi kursus kaedah penyelidikan sains sosial yang ditawarkan di Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.

Penulisan buku ini diharapkan dapat mendekatkan diri pembaca dengan dunia penyelidikan dan mudah-mudahan buku ini dapat menambahkan lagi pemahaman pembaca berkenaan proses yang berlaku dalam penyelidikan khususnya dalam bidang-bidang sains sosial. Buku ini dapat memberi pengetahuan asas kepada para pembaca bagi menjalankan penyelidikan khususnya dalam bidang-bidang sains sosial. Pendedahan awal berkenaan pengertian penyelidikan dan konsep-konsep asas, perancangan dan penyempurnaan penyelidikan yang sistematik diberikan. 

Bidang penyelidikan sains sosial ini sangat luas skopnya dan amat sukar bagi penulis meliputi setiap topik dan isu-isu dalam bidang ini. Apa yang dipaparkan dalam penulisan ini hanyalah sebahagian daripada konsep dan aspek-aspek penting dan tidak disentuh secara mendalam yang terdapat dalam bidang tersebut. Justeru itu, buku ini bukanlah bertujuan untuk pakar-pakar dalam penyelidikan tetapi lebih kepada mereka yang mempunyai minat dalam bidang ini dan bagi mereka yang ingin memulakan penyelidikan dan seterusnya mempraktikkan proses-proses penyelidikan yang digarapkan di sini. Justeru itu, buku ini ditujukan kepada penuntut-penuntut Universiti dan Institut Pengajian Tinggi daripada bidang sains sosial, penuntut-penuntut maktab, guru-guru dan individu sebagai bacaan berbentuk akademik.

Jadi secara ringkasnya, buku ini telah disusun dalam cara berikut bagi memudahkan pemahaman pembaca berkenaan penyelidikan. Bahagian I merangkumi bab-bab pengenalan tentang pengertian penyelidikan, peranan teori dalam penyelidikan kepentingan sorotan karya dan jenis- jenis penyelidikan dalam bidang sains sosial. Bahagian II pula memberi tumpuan kepada konsep-konsep asas dan dianggap penting dalam menjalankan penyelidikan seperti pemboleh ubah, alat pengukuran, pensampelan, hipotesis, kesahan dan kebolehpercayaan. Bahagian III pula merangkumi topik-topik berkenaan proses-proses dalam menjalankan penyelidikan . Secara khususnya bab-bab di bahagian ini memerihalkan berkenaan penyediaan cadangan penyelidikan, pembentukan instrumen kajian dan penyediaan soal-selidik, pemilihan reka bentuk kajian dan kaedah menganalisis data. Sebagai penutup buku ini juga memperlihatkan secara amnya bagaimana menulis sesuatu laporan penyelidikan dan memerihalkan penemuan kajian.


Isi Kandungan

Prakata 
Bab 1: Pengertian Penyelidikan 
Bab 2: Klasifikasi Penyelidikan Sains Sosial
Bab 3: Teori Dalam Penyelidikan Sosial 
Bab 5: Pemboleh Ubah 
Bab 6: Pengukuran 
Bab 7: Pensampelan Dan Populasi 
Bab 8: Hipotesis 
Bab 9: Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Bab 10: Penyediaan Cadangan Penyelidikan
Bab 11: Pembentukan Instrumen Kajian
Bab 12: Memilih Reka Bentuk Kajian
Bab 13: Bentuk Analisis Dan Penulisan Laporan
Bab 14: Isu-Isu Etika DalamPenyelidikan 
Bibliografi



Penyelidikan


MENGAPA MEMBUAT PENYELIDIKAN

Apabila terdapat sesuatu fenomena berlaku atau satu cadangan dibuat. Akan wujudnya golongan yang menyokong dan membangkang. Untuk tujuan tertentu penyelidikan akan dibuat.


TUJUAN PENYELIDIKAN

     Mengenal pasti sesuatu masalah supaya rangka penyelesaian dapat dibuat.

     Penyelidikan dibuat supaya dapat memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas.

     Mengumpul pendapat pengguna tentang sesuatu isu atau produk.


KLASIFIKASI PENYELIDIKAN

Penyelidikan 'Ex-post Factor'
     
- 'Ex-post Factor' bererti selepas berlakunya.
     
- Kajian ini dijalankan selepas kes terjadi.
     
- Data selalunya telah wujud sebelum penyelidikna dirancang.
     
- Kerap digunakan bagi penyelidikan ekonomi.


Penyelidikan Bereksperimen
     
- Membenarkan penyelidik mengawal dengan sepenuhnya angkubah( Variable).
     
- Terhad kegunaannya dalam bidang sains sosial.
     
- Dua kumpulan diwujudkan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.


Penyelidikan Lapangan
     
- Prenyelidikan ini tidak dilakukan dalam makmal tetapi di tapak atau site.
     
- Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji prestasi pengeluaran jenis tanaman.


Penyelidikan Tinjauan

- Penyelidikan jenis ini popular dalam bidang sains sosial.

- Penyelidikan bersama 'topik kajian' ini bermaksud penyelidik akan berinteraksi dengan bahan kajian secara langsung.


Penyelidikan Penilaian
- Penyelidikan ini adalah untuk menilai prestasi sesuatau program, kempen dan skim.

- Ia juga dikenali sebagai 'Impact Assesment'.

- Tujuannya adalah untuk menilai pencapaian matlamat sesuatu projek.


Penyelidikan Tindakan

- Tujuan kajian ini ialah untuk mengambil tindakan.

- Penyelidikan ini adalah untuk mencari cara perlaksanaan yang paling berkesan bagi sesuatu projek.


PROSES DALAM MENJALANKAN PENYEDIKAN

- Mengenal Pasti Maklumat Yang Dikehendaki Dan Sumbernya

- Mengenal pasti isu yang hendak di selidiki.

- Mengenal pasti maklumat yang diperlukan dan sumbernya.


Mengumpul Data

- Memilih teknik penyelidikan yang sesuai.


Data Primer & Sekunder

Data Primer:-  data ini dapat diperoleh secara terus dari sumber yang asal. Data ini dapat diperoleh melalui soal selidik, pemerhatian tapak, pemerhatian langsung dan temubual intensif.

Data Sekunder:-  data yang sedia ada. Dikumpul oleh pihak lain dan boleh digunakan untuk tujuan mengukuhkan penyelidikan.


Menganalisis Data

- Mengumpul dan mengemaskinikan data-data yang dikumpul.

- Menganalisa kaitan antara data yang telah dikumpul.

- Mentafsirkan analisis yang telah dijalankan.

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
HASIL SENTUHAN : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH